Assalamualaikum...
Semalam adalah hari yang amat menguji keimanan aku. Cehhh..macamlah aku ni orang beriman kan? Alhamdulilah, I choosed to meneruskan beriman pada Allah swt. Aku berharap dapat bersabar diri dengan apa yang berlaku. Hanya beberapa orang teman yang sama fikrah atau lebih tepat, mereka adalah rujukan aku terutamanya dalam bidang agama. Mereka menjadi pendokong aku untuk bangun hari ini.
Bukan semua kawan boleh menjadi tempat meluah, kerana tak semua menutup rahsia.
Apa yang menduga aku semalam menjadi aku kurang waras. Gila pun mungkin. Dan sabar aku separuh hilang. Erkkk...jangan ikut perangai emotional aku okey?
Mula-mula memang rasa pedih dan sakit menerima dugaan ni. Tapi alhamdulilah, akhirnya aku dapat merasakan kemanisannya. At least, ianya menjadi aku seorang yang selalu berjaga-jaga dan berwaspada. Ketawa pun rasanya kurang, sebab jiwa aku dah tak berbunga lagi.Ewahhhh...
Kurang ketawa ni bagus sebenarnya. Banyak ketawa, matilah jiwa.
Thanks to Zafirah kerana menghantar sms penguat jiwa.
PEnguat jiwa kau sekarang adalah Al-quran dan as-sunnah.
Semoga apa yang berlaku menjadikan aku lebih kuat dan tabah dalam beriman pada Allah swt.
tq
No comments:
Post a Comment