Thursday, May 17, 2012

Positif disebalik kelemahan

Assalamualaikum
Selamat malam buat teman2 aku sekalian. Sudah lama aku ingin menaip tentang ini tapi kesempatan masa menyebabkan tertangguh. Dan malam ini aku berpeluang (of course, tomorrow kan weekend..yeeehaaaa).
Okey, guess what I gonna share with you? Jeng jeng jeng...
Actually aku nak bercerita tentang diri aku sebagai seorang wanita yang tidak cantik apatah lagi menarik.
Penting sangat ke nak cerita? Entahlah...cuma aku ingin berkongsi dan menjadikannya sebagai ion positive bagi mereka yang merasa rendah diri.
Let begin my story...
Begini, aku memang tidak menarik plus tak pandai nak bergaya. Biasanya, aku akan pakai apa yang selesa. Biarla apa orang nak kata. Yang penting, aku selesa. Masa teenager dulu, orang lain sibuk dapat surat cinta, hadiah, tapi aku langsung x ada.
  ZERO! 
Memang sedih kan? Masa remaja memang semua itu tamparan hebat. Bukan sekali dua air mata tumpah akibat di hina atau di keji kerana hodoh.Dan paling teruk, aku dibaling bangkai kerana aku seorang yang hodoh. Terasa diri ini x berguna. Ahhhh....kejamnya! 

Tidak layakkah seorang yang kurang menarik hidup di muka bumi Allah?

Menangis? MEratap? Meraung? Apa guna? Kerana semua itu bukan penyelesaiannya.
Jadi apa penyelesaiannya? Kena bedah plastik atau sunik botox bagi muka lawo??? Jawapannya tak payah semua itu. Tapi yang penting ubah cara pemikiran dan bersyukur dengan apa Allah Swt bagi. 

   " Aku percaya kekuasaan Allah, sesungguh Allah itu maha adil lagi saksama".

   " Aku pernah terbaca cerita "the ugly duck" dan aku berdoa, moga2 aku adalah itik yang hodoh itu".

Iulah kata2 semangat yang aku sematkan di hati aku. Supaya aku lebih kuat, tidak fragile dalam melalui hari2 aku. Aku cuba melihat 'ketidak menarikkan' diri aku sebagai satu kelebihan. 
Erkkk...camne tu?

1) Terselamat dari gangguan lelaki kurang baik.
Biasalah, jikalau perempuan tak menarik, x ada lelaki yang akan phewitt atau kejar hingga hujung dunia. Alhamdulilah, so far masih terselamatlah unless esok lusa terjumpa yang mereng ke.Itu x leh masuk port. X payah nak pening kepala camne nak selamatkan diri jikalau di kacau.

2) Tak perlu lukakan hati orang lain
Jikalau aku cantik, mungkin ada ramai lelaki yang menyukai atau jatuh cinta kepadaku. Dan, aku haruslah membuat pilihan seandainya mahu berkahwin nanti. Dan, mesti ada lelaki yang terluka dengan keputusan itu kerana dia turut mencintai aku sepenuh hati. Namun, takdir menjadikan aku seorang wanita yang kurang menarik. Jadi, aku berharap dan berdoa supaya hanya 'si dia' sahaja datang melamar aku suatu hari nanti. Siapa 'si dia'? Hanya Allah yang tahu...

3)Dapat mengurangkan riak
 Sahabat aku berkata, "Perempuan ini lebih baik kurang menarik dari terover cantik. Sebab perempuan mudah riak dengan apa yang mereka miliki". Ya, aku bersetuju kerana aku selalu riak dengan apa yang ada. Tapi, bila tersedar bahawa aku bukanlah gadis yang menarik, terus terasa diri terlalu kerdil. Alhamdulilah, ianya menyelamatkan aku dari terus hanyut!

Sebenarnya terlalu banyak kelebihannya.Tak perlulah aku senaraikannya. Apa yang penting, selalulah merenung kejadian ciptaan Allah.Sesungguh Allah mencipta sesuatu dengan seribu hikmah yang tersembunyi.
Wassalam....

No comments:

Post a Comment