Salam Hari Jumaat buat semua,
Hari ini weekend buat orang pantai timur macam aku. Bestnya...tapi esok kena keje. Replace holiday masa raya cina hari itu. Huwaaaaaaa...x syoknya. Tapi bukan ini aku nak membebelkan hari ini. Aku nak bebel pasal PEMBAZIRAN!
Selalu berlaku kat aku terutamanya keluar makan. Kekadang sedih bukan kepalang tengok makanan terbuang macam tu, but I have no choice. Yelah, plus makan kat hotel. Tak leh nak tapau.
Aku cuma solve problem ini dengan mengehadkan jumlah makanan dan minuman di order, tapi mesti ada yang bangkang cakap aku kedekut lah, itulah, inilah.
Sampai ada merajuk dengan aku gara2 aku ni.
Kedekut? Tangkai jering? Ehmmmm...mengata memang best tapi x sedar membazir tu pun berdosa yerrr. Order sampai berjenis makanan, tapi makan sesudu aje. Kononnya diet. Bayar sampai beratus. Ishhhh..betul2 buang duit. Kalau pergi shopping, beli baju lagi best. Hehehehehehe....
Aku cuba menjaga hati orang bila keluar makan, tapi orang tak pernah nak jaga hati aku. Lepas tu membazir lak makanan. Lagi sedih tengok makanan. Mentang2lah kat Malaysia ni kaya, suka2 hati aje kan. Cuba jadi macam orang kat Zimbabwe, kat Somalia yang kebuluran tu...Baru masa tu langit tinggi rendah. Baru menyesal duduk membazir makanan.
No comments:
Post a Comment