Tak tahu macam mana aku nak mulakan. Tapi inilah hakikat sebenarnya. Okey, terus terang aku katakan. Masa proses nak ambil loan ngan PTPTN, borang aku ada masalah. Aku turun naik pejabat. Mintak surat itu dan ini. Tapi, x ada rezeki. Finally, aku pun gunalah "SCHOLARSHIP" keluarga aku. Walaupun duit MUMMY, PAPA dan ABANG aku tu cukup2 untuk sara hidup, sekurangnya aku dapat gak makan nasik 2 kali sehari. Dapat gak berjola-joli. Yang bestnya, dah abis study, otak x payah sakit2 nak pikirkan nak bayar hutang.jajajajjajajajaja....
Bukan ini aku nak highlight. Tapi, aku selalu dengar orang kutuk2 PTPTN. Kononnya PTPTN tu riba. Sampai, masa kelas agama, ada seorang tu tanya, PTPTN ini riba x??? Nak je aku tanya dia, "Abis duit hang dok beli baju, makan minum dan shopping tu duit hasil riba lah?".
STOP CURSED PTPTN!
Motto aku arini. Bukan apa. Korang ni,kutuk2 PTPTN. Kononnya PTPTIPU lah. Tapi, duit x masuk lagi, korang dah plan itu ini. Duit masuk, terus gi makan sana sini. Beli macam2. Beli handphone baru, gajet itu dan bla bla bla. Nasib baik aku bukan pegawai PTPTN, kalau x, dah lama aku sekat duit x bagi korang.
Cuba korang bayangkan nasib korang x baek, x dapat pinjaman. Masa kengkawan dapat duit, beli baju baru, makan kat hotel 5 bintang, korang tengok sambil minum air masak. X ke malu? Dalam hotel 5 bintang, ko teguk air masak je! Bukan x ada duit, tapi kena berjimat. X leh belanja lebih2, kan x cukup duit. Hmmm...
Tu belom lagi abis kelas kena gie keje. Keje partime. Cari duit. Badan penat nak mampus. Mahunya 10 kg hilang lemak kat badan!
Bersyukurlah dapat pinjaman PTPTN. Sekurangnya, bagi mereka yang x mampu, dapat jugak korang jejak kaki ke universiti. Dapat jugak korang ilmu dan qualification untuk ubah nasib keluarga korang. Tapi
AWAS! Jangan berlagak dan berjoli lak dengan duit pinjaman. Sedar diri kita ni siapa. Kita belum bekerja. Kena jimat cermat dan berhati2 dalam perbelanjaan. Harus tahu bagaima control and manage our financial.
Dah abis study, please pay it back. Sikit2 pun x apa. Walaupun RM50 sebulan. Yelah pada korang tersekat nak pergi luar negara, dan the worse kadar bunga makin naik. Baik bayar. Sikit2, lama2 jadi gunung gak.
Memang korang cakap,
"Aku boleh lah bagi nasihat sebab aku tak ambil pinjaman'. Aku jelaskan sekali lagi. Bukan x nak ambik. tapi ada masalah sikit menyebabkan aku x dapat pinjaman.
Okey, jangan lupa bayar PTPTN apabila dah keje!