Thursday, September 29, 2011

CORRUPTION!!!

Hai apa yang aku nak story ari ni??? Well today was the worsen day! WHY??? Okey okey let me answer the stupid question. Al-kisah, there were one guy ni. He had capabilities and experiences to be CSR at platform. We decided to hire him as our representative lah. By then, this guy x nak lak. So, after persuaded him, dia nak naik ke platform DUYONG. But, we must pay him RM5oo per day. Mak oiii??? Ko pikir ko tu sape??? Apa ko ada??? MASTER???PHD???PJK??? Blah lah if ko just ada M-BOSET dan NIOSH aje!Jadi tukang cuci jamban boleh ahhhh!
Citer dia ngan aku began when he return back from offshore. Jeng jeng jeng....

Honest and frankly speaking lah, I NEVER KNOW who this BARBARISM GUY! Sumpah siot! So, aku pun kira lah gaji guy ni regarding his timesheet. We paid him just RM380. Well, that we affordable to pay.
Dah kira mahal tu. Orang lain nak dapat lebih dari seratus pun sakit. Dia senang2 je dapat. Hishhhhh...
Apa yang aku bengang ialah he always call me asking for his salary. Without my concern, he called my bos too. Then keep call me so many times. Tension tension. I prefer to answer Hanafi Omar( one of the freelance yang BITCHY) call. At least Hanafi ni pandai psycho aku supaya bayar cepat. 
Berbalik story guy CSR ni, emmm dia dah dapat RM1500 as a advanced. The rest payment will be continue soon. But not enough. Dia nak lagi. So, aku keluarkan petty cash RM500. Aku catat. Total RM2000.
Disini citer bermula. By today, he came my office for pick up his cheque. Then, lepas serah cheque personally, he came and ask me. His salary short RM500. Celaka. Aku memang ada catat. So ada bukti yang duit kuar untuk dia. Cuma x ada slip because adalah hamba Allah ni nak bagi hand by hand. 
By today, I got suprising yang hamba Allah tu x bagi duit tu ke dia. CORRUPTION!!!
Ishhhh...rasa nak sepak je muka hamba Allah swt tu.
Bukan apa. Maybe, you were forgot to give to him. It okey. It okey. But, please let me know. X kan ko lupa pasal duit ni? Bukan sedikit. RM500 tu. If RM50 aku boleh solak duit aku je.
Another things is about Allah swt punishment. Takkan sebab ko ter-AMBIL duit RM500 ni, rezeki ko x diberkati sampai bila2? Dan x kan disebabkan duit yang x leh bawak mati ni ko nak duduk beberapa hari kat neraka bila mati nanti??? 
Aku x marah if ko desperate sangat but let me know. X adalah aku bangang sangat gie potong gaji mamat tu. 
Mungkin Allah nak uji kesabaran aku lagi. Bukan sekali dua aku berhadapan dengan orang macam ni. Cuma aku haraplah. Mencari rezeki tu biarlah halal. Kita nak menyua ke mulut keluarga. Mulut diri sendiri. Biar daging yang tumbuh itu dari hasil yang halal.
Aku dah banyak berleter.So jumpa nanti. Doa2 moga aku ubah fikiran x sepak muka ko Ahad nanti!

Wednesday, September 28, 2011

Kutukan dan menyampah!

Emmm  maybe ramai cakap aku jealous tapi aku langsung x heran. Nape?? Because I telling the truth. Well, I felt disgusting dengan minah2 yang selalu tunjuk barang2 yang pakwe mereka beli. I understood. Aku not such affordable but stuffs like that. Well, if your boyfriend affordable enough, why not just marry?
Itu memang soalan maut. Yelah, korang story to me. Your BF punya salary puluh2 ribu raban. Then, korang pun keje best2 korang cakap, why not korang kawen je??
Memang aku jealous. Yelah x ada orang nak belikan aku beg COUCH atau at least jam tangan  FOSSIL yang aku nak tu. Semua aku kena cari sendiri. Tapi korang senang aje dapat dari BF korang kan??? X adil, x adil!
Huhhhh....memang best bila kita dapat benda kita nak tanpa berusaha kan???
Tapi pernah x korang fikir if someday u will marry someone not affordable? Or maybe someone that wants live in simple or zuhud?
Aku maybe x kan shout out benda ni if korang x tayang depan aku. Sebab aku menyampa, so aku kutuk ko disni!

Tuesday, September 27, 2011

Today Hatred

Bukan sekali aku ingin meluahkan perasaan di hati. Tapi banyak kali. Well hati aku sudah hancur teruk. Hancur teruk. Ermmm...aku seorang yang sporting tapi untuk mencintai seseorang memang susah. Tambahan aku pernah terluka teruk.
Aku benci kepada beberapa orang lelaki. Mentang2 I still single and available, they thought I fall in love with them. Hate hate hate....
Kenapa lelaki suka perasaan??? Kekadang aku baik sebab memang aku nice ngan semua orang. Tapi orang pulak salah faham? x paham x paham...!!!

Monday, September 26, 2011

World is SO small

Yupppp...guess what the HELL??? World is so small. Why I said like dats??? Because it all about my first malay guy yang admire kat aku. Ehhh...dia admire kat aku ke??? Taklah. Dia cuma nak minta tolong aku je. Jadi dia gunakan aku untuk berjaya dalam exam.
Well apa yang aku nak cakap??? Dulu masa aku keje kat Petronas, he work at there too. Then, after I was resign. Now, he apply to work with us. Can u imagine?????
Aku memang benci dia amat sangat. Please never and ever let me see your face anymore.

Saturday, September 24, 2011

Andainya jodoh dikau

Ni gambar bestfriend aku and her fiancee. Emmm cinta mereka ni tragic sikit. Well, my friend of mine tu bercinta pakai nak rak with her ex-bf. And her fiancee pun camtu gak. Bercinta freak the hell with his ex-gf. Masing2 never know each others.
But, one day, both ni clash with their partners. Both frustrated. Melalui seorang fellow ni, mereka berdua ditemukan. Bayangkan x sampai 20 days kenal, mereka terus get engage. Amazing. Apa yang boleh aku katakan, seandainya dia jodoh, Allah permudahkan segala jalan. Mereka bertunang tanpa halangan. Semuanya smooth.
And now tengah prepare untuk majlis pernikahan. Wish both of u happilly till here after:)

Thursday, September 22, 2011

SPeechlesSSsSSS....

Cerita aku ni mungkin tak menarik mana. Well aku cuma nak komen tentang lelaki diluar. KEnapa??? Entahlah. Semakin lama aku semakin benci dengan lelaki.Sebab Zachary ke??? X lah. Aku x salahkan Zachary. X kan sebab dia sorang aku benci semua lelaki. Pasal aku nak cakap ni pasal kebanyakan lelaki diluar sana.
Aku sangat bengang dengan beberapa orang lelaki. Kekadang aku saje je usik mereka, bukan niat nak menggedik. Sometime, friends aku yang perempuan pun usik but they dont care. Siap tambah2 usik. Tapi bila aku mengusik, cepat2 marah. That why perasaan benci aku terhadap lelaki bertambah.
Ada lagi sebab aku membenci. Boleh x ada beberapa lelaki jahanam cakap, " Aku x suke perempuan bertutup litup pakai shawl. Yang seksi baru best". Well, since aku pakai tudung pandai lak korang cakap macam tu. Dulu masa aku free hair, korang cakap bila nak bertaubat. Heissshhhh cakap x serupa bikin.
Next, aku ada kenal sorang mamat ni. Dia solat 5 waktu, puasa and dasarnya seorang good muslim. But could u imagine he practicing free sex??? dia mengaku kat aku sendiri. Mula2 aku x percaya tapi his wife pun confess kat aku gak. MEreka kawen dulu sebab dia dah mengaku. Hubby dia memang camtu.nak wat camne??
Both of them good person. Look like good muslim too. Ermmmm..hard to say.
Manusia ni sukar dijangka...

Tuesday, September 20, 2011

Madness versus Sadness

Damn freak in sadness. KEkadang aku bengang ngan kengkawan aku ni. Yelah, time aku call, sampai sepuluh kali x jawab. Tapi, bila mereka call aku, aku lambat jawab mesti kena punye....
aku tengah sedih ni. nak share lah ngan mereke berkaitan.
Huhhhhh....baik aku balik solat lagi bagus...

Sunday, September 18, 2011

Kawan


Well aku nak update pasal kawan. YE sebab ramai people around me asked stupid question, "Asal ko suke menyendiri? Ke sana ke mari sorang2. Makan sorang2. And apa sorang2". X kurang jugak yang menuduh aku ni sombong. Ermmm...bab sini story sket.
Dulu, aku ada kawan baik. Dia lagi tua dari aku. Tua setahu aje. Apa baran? We all berdua memang kamceng. Barang2 semua nak sama. Aku dan dia selalu contact walaupun kami berlainan sekolah. Kami pernah tempah ukiran nama berdua. BErtapa kamcengnya aku dan dia.
Semuanya berubah sekarang. Waktu matrikulasi, dia di utara, dan aku di selatan. Tapi, dia selalu contact memberitahu aku bahawa she dont like what she study now. Aku sebagai kawan baik cakap, bagi sokongan suruh dia further study apa yang dia minat. Well, bagi aku x salahkan dia berhenti matrik. Aku bukan nak jatuhkan dia? Cuma, if she really not interested dengan apa she did now, better quit dari awal.
Okey, she quit matrik and masuk uitm buat course dia minat. Saat ni, aku dah rasakan kepelikan perangai dia. APA??She try make me jealous dengan dia. Aku pun x tahu apa motif dia.Yelah. Dia asyik call aku citer yang dia lebih bagus, dia akan finish study awal dari aku, akan pergi oversea. Aku x cakap apa. Aku cakap baguslah. If hang bole keje dulu, nanti boleh recommend kat aku jadi staff hang.
One day, kakak dia telefon marah2 aku. X yah lah sebut ayat2 yang x baik kakak dia cakap kat aku. Aku memang terasa giler tapi aku still befriend ngan minah ni. Tapi, ada satu benda yang aku x boleh terima. Dia datang umah aku masa aku x ada. Dia fitnah aku kat mak aku. Layak ke aku buat KAWAN dia ni??
So, aku marah giler kat dia. Aku bagi peluang dia berubah.Then?Apa aku dapat? Dapat email maki hamun dari minah ni.
Since aku dapat email tu, aku terus putuskan persahabatan kami. Memang terluka perbuatan dia. BUkan setahun dua aku ngan dia berkawan, tapi dari sekolah rendah. Aku kena ko dulu sebelom aku kenal erti hidup ini. Tapi, WHY????
Aku ada siasat. But not sure lah betul x berita ni. PUnca dia jadi macam tu sebab dia cemburu dengan aku.CEMBURU apa kejadahnya?
Dia cemburu sebab aku dapat apa aku nak. I mean dari segi aset lah. Handphone, driving license, transportation.
Alah, semua benda ni aku kongsi dengan ko gak selama kami berkawan Transport aku tu uk angkut ko.
Dan, permulaan dari tu aku berkawan dengan Nor. Dia ni biasa aje, budak kampung. Belajar x tinggi pun. Tapi, masa susah senang kami bersama. Family dia pun okey. Nor nilah baru boleh panggil kawan. Dan dia antara orang yang menyumbang tudung supaya aku menutup aurat.

Hari DIET ke???

Pagi ni aku bangun cam biasa sebab dah keje. LEpas mandi, solat, pakai bau, aku turun ke dapur. My mum x keje. INgat dia masak ang best2 ke, apa ke. Well dia rebus telur separuh masak untuk breakfast. Aku makan jelah ngan kicap. Kat opis, aku buat nescafe 3 in 1, makan dengan biskut 3 keping. Ni jelah aku makan pagi tadi. The rest my time, aku spent buat QnE. Done! Completed! Lega...:P

Balik lunch, mak aku buat bebola ikan. BEst best! Baru je nak makan, budak freelance telefon nak duit advance RM100/ Yelah, dia nak beli ubat gigi, shaver and bla bla bla untuk naik ke Bekok C. Aku postpone makan terus ambik wudhuk solat Zohor. Memang aku bua hurry giler. KEsian budak tu tunggu lama. Sampai x sempat makan, Takutnya dia tunggu aku. Alih2, bila sampai sana, aku tunggu dia. Hampagas punya budak!

Tengahari, aku minum susu segar sekotak aje. Perut berbunyi macam2 lagu tapi sabar. Terbayang berbola ikan mak aku masak. Sedap2. Balik nanti nak beli sos KIMBALL chilli Thai. Bestnya makan bebola sambil cicah sos.YUMMY...
Balik petang tu, aku terus pecut kereta ke kedai. Beli sos cepat2 dan terus balik. Benda pertama aku bukak tudung saji. GUESS??? Ermmm ada 9 biji aje bebola ikan yang beso2 ibu jari aku. MEmang x cukup sebab perut aku dinasour punya saiz;(

Nak balance, bagi kenyang aku makanlah buahan empatan.Ermm sedih sedih. Rasa cam ari diet lah malam ni.Lapo lapo...aku terbayang burger kat BURGER KING. bestnya.
Hopefully esok dapat makan best2...:(

I am New

Since aku fully cover, aku dah delete lagu2 obscene dalam handphone aku. Yang ada hanya lagu2 Sami Yusoff, Zain Bhika, Amro Dyab and a fews lagu yang elok liriknya.
Lagipun lagi tenang dengar Sami Yusof menyanyi daripada dengar Linkin Park tuuuu...
I am New, not more Azie. But I miss Nurul

Saturday, September 17, 2011

My Current COLLECTION

Okey ni adalah collection aku yang dibeli melalui saving duit practical aku. Well aku practical berbayar. X lah mahal mana tapi cukup untuk aku berjola-joli sakan. Well aku suke kan talipon ni. Nape?? Because ada wifi. LEh main internet if pergi tempat ada wifi. Then, battery pun jimat sakan. Kekadang seminggu x charge, still okey. Fungsi QWERTY tu menyenangkan nak main sms. Aku suke. Lepas tu, telefon ni x ada error. Pakai sensor nak gerakkan.BEST sangat. Harga sekarang dah murah. Dalam RM400 je. Aku sayang sebab handphone ni aku dapat dengan titik peluh aku. Love:)

Handphone galaxy ace ni mak aku bagi hadiah. Emm memang canggih untuk main Games ANGRY BIRD. Touch screen. Aku sayang sebab ni satu2 hadiah mak aku bagi. Biasanya mak aku bagi duit je...


Ni handphone biasa. X lah mahal tapi fungsi lengkap. Korang mesti tanya, "Nape aku beli? Membazir!". Okey, story nya bila aku hadapi kesukaran masa memandu nak jawab call atau reply sms. Touch screen tu kena tarik untuk jawab call. Yang QWERT tu susah nak sms. Jadi, aku specific phone ni untuk keje. Senang nak jawab call, bukak flip. Nak sms pun senang.

Friday, September 16, 2011

COFFEE ADDICTED!!!

I LOVING IT.....!!!!!!


BOSS BRAND- MUCH CAFFEINE BUT DELICIOUS!

LOVING ALL!!! DAMNNN!!!

ORIGINAL DA BESTTTT!!

ONCE AGAINNNN:))))
MY ADDICTION AT ALL!!!

Cerita Semalam dan hari INi

THURSDAY (15/9/2011)
Yesterday punya story. Dashyat ke x?? Entahlah. Semalam, opis aku sambut majlis hari raya. Well, aku kan dulu dari CMD. Selalu buat event gak. Jadi, pagi2 buta aku drove my car pergi ambil ketupat. Sampai opis, basuh bekas bufet dengan hill 3 inci dan baju raya aku. Dahlah pakai tudung and baju baru. Last2, kena menonggeng basuh bekas bufet dengan sorang mamat mana tah. Lepas tu, aku telah menyibukkan diri denganpelbagai aktivit. Apa agi?? Topup makanan yang x cukup. Layan tetamu and bla bla bla. Abis je event pukul 3 ptg, barulah aku merasa seketul ayam dan sedikit daging kambing. Then sambung mengemas dan kutip sampah. Lepas tu, aku membungkus makanan x abis untuk bagi kat sape2 yang nak. Fuhhhh....banyak betul aku buat. Dahlah berlari sana sini dengan kasut tinggi aku. Rasa nak tecabut kaki. Tapi still COOL ACTION. control cun lahhh...huhuhuhu
Well aku x sempat nak snap picture. Yang sempat satu je. Tu pun masa nak balik dah. Rasa cam nak pengsan je semalam..


Gambar lepas event, FREAK EXHAUSTED!!!

FRIDAY (16/9/2011)
Today, aku bangun lewat. Memang penat x abis, but woke up. Wash all my clothes and sidai kat ampai. Took bath and got wore. Then makan breakfast. BREAKFAST= CHICKEN CHOP + CAPPUCINO. Ermmm...apa lagi yerkkk??? RE-read buku novel JAJA & DIN. Citernya best.
Lepas adik aku balik solat Jumaat, we went to Mesramall. Got shopping. Yeahhhh.....
After shopping, adik aku craving nak makan sizzling. Kami lepak kat food court. Makan TIME!!!


My SizzLING and Milo ais. Tea o tu adik punye;p

Steamboat Time

Wahhh seronok betul aku masa tu. Makan steamboat kat feveret hotel aku. RESIDENCE INN HOTEl. Free lak tu. Yeahhhh...x sempat snap banyak picture. Ni je yang sempat. The rest time I spent dengan melantak...

Yummmy....slurppp the best fooooooood!!!

Posing a minute even bad shot photo:(

My DESIRE & LUSTTTTTTT....

Part of steamboat stories~ Fried rice~

Hotdog, beef and bla bla bla....

DAMN YummYYYY...:P

Before I end my stories, I would like tell everybody my bad habit. Well, I love half cook beef:) Alahhhh daging separuh masak. Colour beef pun merah pucat gitu. BEST! Suke dengan aroma lembu masih melekat pada daging half cook ni. Plus if ada blood sket2 kat daging tu. Hingga menjilat jari gitu. Tapi, bila pikir2 balik, camtu VAMPIRE lakkk aku ni;p

Sunday, September 11, 2011

Virgin Myth

Arini aku ingin meluahkan rasa tidak puas ati terhadap perception tentang dara. Yelah selalu sangat kita ni cuba2 baca orang yang dia tu dara ke x especially boys. Asal tengok perempuan tu lain sikit, dah cakap dia tu x ada dara. Sebenarnya dara ni x semestinya hilang sebab free sex or buat benda x senonoh, tapi ada banyak sebab. Contoh perempuan tu terjatuh terlalu kuat atau tidak pun yg extreme bersukan. Probability untuk daranya pecah tinggi. Dara ni adalah selaput yang nipis sangat. X mustahil kalau perempuan tu terjatuh kuat menyebabkan daranya pecah.
Lelaki selalu nak perempuan yang masih dara, dan selalu dok baca fizikal perempuan tu untuk menentukan si gadis dara x. Tapi ada x perempuan yang dok stalker lelaki tengok dia teruna atau dah ilang teruna??? Ataupun perempuan kisah lelaki tu teruna x if nak kawen nanti? Aku rasa x kot...Meh kita tengok tentang myth orang x perempaun x ada virgin.

1) Tetek jatuh atau kendur
Selalu aku dengar orang cakap perempuan yang hilang dara tetek jatuh atau kendur. Ni sebab kita selalu tengok para mak2 yang susukan anak. Bagi aku x tepat. Sebab? Sebab ada je mereka dah kawen and beranak pinak tetek still tegang x kendur. Lepas tu pemakaian bra yang salah jugak boleh menyebabkan tetek nampak cam jatuh.
Tetek jatuh atau kendur x semestinya disebabkan lost virgin. Tapi banyak sebab. Antaranya suka tido meniarap. Selain dari itu, perempuan yang dulu gemuk menjadi kurus. Kebarangkalian untuk tetek jadi kendur adalah tinggi.
Jadi, lepas ni kalau korang tengok perempuan belum kawen tetek kendur atau jatuh, jangan ingat dia dah x ada dara. Yelah, korang mana tahu kat dalam. Yang korang tengok kat luar je.

2) Bontot leper
Ni satu lagi. Kononnya perempuan belom kawen berbontot leper tu dah x ada dara. Ye ke??? Pandai2 je korang ni. Wei aku nak cakap. Kalau perempuan kurus kering ala2 orang Afrika yang x cukup makan, macam mana nak bontot mantap???
X semua perempuan masih dara berbontot bulat ala2 buah tembikai. Adanya berbontot leper. Ianya bergantung pada bentuk badan perempuan tu. Yelah, kalau perempuan gemuk badak, memang bontot mantap perhhhhh...lemak banyak. Hishhh korang ni. Mentality kasi baiki sikit.

3) Badan x ada shape
Abis kalau orang gergasi tu camne lak??? x pun tegap cam jantan??? X semua pereMpuan ada shape menarik ala2 Angelina Jolie. Ada yang tinggi tegap cam jantan, straight cut ke. By the way, nak judge perempuan belom kawen dara x via body shape definitely x leh pakai bagi aku.

4) Tumit kaki x merah menyala
Sampai tumit kaki pun check???? What the hell??? Tumit kaki kalau warna merah mean sihat. Yelah, cuba ko tengok orang anemia. Anemia ni penyakit x cukup darah. Orang anemia selalunya pucat. Aku tahu sebab mak aku ada anemia. Dia tu selalu pucat lesi. Gang aku pun ada anemia. Pucat lesi gak. Korang fikir logik lah, mana mungkin tumit kaki orang anemia ni merah menyala cam biji saga. Buat tambah dosa je dok cakap dia x ada dara dah sebab korang tengok tumit kaki dia x merah.

Well ni pendapat aku lah. Aku memang x puas ati ngan lelaki2 yang suke tuduh perempuan jahat x ada dara. Jangan pakai main tuduh aje. Buat tambah dosa aje. Lepas satu lagi. Kawen ni bukan kerana nafsu, tapi kerana keikhlasan kita. Kita sepatutnya jadi orang baik2 kalau nak partner baik. Nescaya Allah swt akan menyediakan yang terbaik. Bukan ke di setiap belakang lelaki yang baik terdirinya wanita yang baik? Percaya lah dengan janji Allah swt.
Menerima pasangan kita sebaiknya adalah lagi baik dari mencari yang sempurna tetapi tidak menyenangkan hati kita.

Friday, September 9, 2011

Makan2 ati sepuasnya

Ari ni mood aku x baik sket. If I can, nak diam je sepanjang hari. I really FREAKY SAD! nak tahu kenapa? Okey, let begin story. Masa aku abis practical, aku terus dapat offer job. Jadi clerk je masa tu. Aku terima je. Gaji pun okey. Suddenly, ada seorang ni cakap ada company cari junior officer. Jadi, aku apply lah. Luckily, tuah aku, aku dapat jawatan tu. Gaji pun agak okey. And now, I work with them. Mula2 susah gak nak keje at different environment, but I try so hard to learn lot of new things. Then settle.
Story begin when org yang recommended aku apply keje kat company ni. I mean, orang yang beritahu aku pasal ada kekosongan kat company ni, dia asyik cakap aku dapat keje sebab dia. kalau sekali x pa, ni berkali2 dia cakap kat aku. Mananye aku tak FREAKY SAD?????

Aku betul2 makan ati dengan orang tu. Then, aku decide nak cari keje lain. Biarlah jauh, kat negeri mana pun. Aku memang terasa. Yelah, buat aku macam bodoh sangat je. Kalau aku bodoh, x kan umur 21 tahun aku dah completed my degree. Bulan October ni aku convoi. Umur 21 tahun dah abis degree, I think I capable and deserve for this job.
Well untuk pengetahuan korang, dia hanya tolong submit resume je. Pergi interview semua aku buat. Orang x kenal pun sape dia. Tapi, dia lebih2 lak. Nak ungkit2 kisah tu. Lagipun, aku berusaha keras.
Tengok masa bulan puasa, walaupun cuti, aku still datang opis. Still on call. Dan masa bulan puasa lah, aku drive around 300km waktu tengahari just for my work. Dahlah panas, penat and bla bla bla. Mengelatar tangan aku masa drive. Masa tu, kalau jumpa doktor pun cakap, paras gula dah turun 3 agaknya.
Aku berusaha, mestilah aku dapat. Memang dia tolong submit resume, but THE REST???? Aku yang berusaha. I REPEAT ONCE AGAIN, "AKU YANG BERUSAHA".

Aku berdoa kat Tuhan moga2 aku dapat jadi officer tempat lain. Aku ada maruah, lagipun aku layak. Aku x bodoh. Ingat aku bodoh sangat ke sampai aku x layak untuk jadi officer kat tempat lain. Memang sedih nak tinggal tempat sekarang, tapi aku ada maruah, ada harga diri. aku x peduli. dan aku dah ambil keputusan untuk balik tempat aku membesar. Disitu aku mula mengenal erti hidup, dan disitu aku akan habiskan sisa hidupku.

Kekadang aku malas nak mintak tolong orang carikan aku keje. Inilah balasan aku dapat. Ialah, ingat dia tu sape. YB ke??? PM?? or what??
Apa2 pun, wish aku dapat keje lagi baik. Insyaallah:)

Thursday, September 8, 2011

Emmm Makan Freeeeeee

Yehaaaa....dah lama aku x update my blog. Malasss....ehh bukan. Internet sekarang macam celaka. Broadband x leh dail, kat opis modem rosak. emmm apa nak buat?? Nak update pakai handphone, x best. Hari ini aku cuma nak story beberapa makanan free. Sebenarnya banyak makanan free aku makan tahun ni tapi yang ni je sempat upload picture. Aku suke SNAP picture makanan terutamanya makan free. Huwa huwa huwa....yelah jimat budjet sket. Agaknya, kalau selalu berjimat, tahun depan boleh dah aku beli Satria Neo yang aku dok mimpi tu.


Ni GCB and Apple Pie at MCD by Rahayu Jamal

Mocca Ice-blended at Secret Recipe by CMD gangs

X tahu apa nama but at Secret Recipe by CMD gangs

Candy masa farewell Kak Siti. Of course by Kak Siti;p

Ni hot plate yee mee by Kak Nor at Mesramall

Nasi sup..ni aku belanja orang sebenarnya, bukan makan free:(

Tom Yam Maggi by CMD gangs gak

Cadbury Chocolate by PAGS department

Nasi Lemak at GPPB (Sharing Programme)

Lunch at Uitm Hotel By Kak Norul Huda

Just a bit from me. kalau ikutkan, have a lot orang belanja. Tu belom tambah makan kat hotel2 masa ada event. Tapi, disamping kekenyang kita, jangan lupa pda mereka di Somalia yang kebuluran. Ingat kat mereka. Selalu berdoa semoga Allah SWT melimpah rezeki kat mereka. Supaya Allah Swt menurunkan hujan di Somalia. Dan paling penting, jangan membazirkan makanan. Chill Beb!