Thursday, July 28, 2011

X paham aku!

Nape blog aku x leh nak upload gambar ni???
Tension tension tension!
X paham aku, SERIOUS:(

Monday, July 25, 2011

Story of my Gang!

Ni story pasal gang aku lah. Minah ni dapat offer kerja kat sebuah big company. Gaji + allowances + others benefit, memang mantap. Tapi gang aku ni jenis cam aku gak. Kaki jimat duit, ayat sopan utk kedekut. Well. dia ni x adalah gedik mana. BF pun x ada. Nak jadikan cerita, dia kena buat event kat office dia. Dan dia terpaksa bekerjasama dgn seorang mamat ni. Mamat tu x ada lah hensem mana, kurus kering tapi single and big bos lah. Muka pun serious je 24 jam. Nak jadikan cerita, dia syok kat mamat ni. Tapi mamat ni langsung x layan dia. Dia redha jelah, tapi setiap kali lepas solat, mesti dia minta petunjuk kat Allah swt. Dia minta kalau betul lelaki tu jodoh dia, permudahkanlah jodoh mereka. Kalau lelaki ni bukan jodoh dia, pertemukanlah lelaki lagi baik dari itu.
Yang part paling best, gang aku ni ada kawan baik kat opis. Macam belangkas. Selalu share and story macam2. Yelah nama dah kawan baik. Mana x cam belangkas. Keje lak opis sama. Nak dijadikan story, mamat tu minat kat kawan baik dia. Siap minta nombor phone agi. Memang sesuatu yang menguriskan hati gang aku. Tapi dia buat cool and bagi support. Bunyi cam hipokrit, tapi terpaksa. Takkan dia nak meraung2 atu buat benda bodoh. Orang dah x sudi kan??
Kawan baik dia nie selalu story pasal mamat tu. Pasal macam2 lah, cthnya benda mereka sms, benda apa mereka cakap kat phone call and pasal mereka pergi dating. Gang aku ni dengar jelah walaupun hati dia cam nak meletup.And kawan dia siap ajak teman pergi dating lagi. Akhirnya dia dah x tahan lagi till dia ambil decision nak resign. Bunyi cam bodoh lepaskan keje best and hidup gamble.
Tapi syukur rezeki gang aku dia dapat keje tempat lain yang lagi baik. Gang aku ni sengaja tukar phone and nombor baru sebab dia dah x nak contact lagi dengan kawan baik dia. Lama dia menyepi dari kawan baik dia, tapi akhirnya bertemu balik. Kawan balik tapi dah x close cam dulu. Kawan dia still ngan mamat tu lagi.
Kat sini, aku tak salahkan sape. Tak ada sape salah. Mujurlah kawan aku tu x buat perangai gedik. Dia cuma larikan diri aje. Masa dia story kat aku, muka cool aje. Kuatnya minah ni, aku kagum ngan dia. Dan dia yakin, jodoh tu Allah dah tetapkan. Buat apa nak tergedik pada mereka yg x sudi. And dia ada beritahu aku, seandainya suatu hari nanti lelaki itu datang kepadanya, dia x kan sesekali menerimanya. Kerana dia x nak jadi pilihan kedua.

Thursday, July 21, 2011

Watch it Alone


Semalam public holiday kat Terengganu. Aku awal2 lagi dah booked ticket ke cinema. Sekarang kan Harry Potter last movie dah kuar. So, aku pun pagi2 dah tercongok sorang2 depan cinema. Well, tak kisah. Masa tu excited. Macam2 makanan aku smuggle kat dalam beg. Tapi, masa nak masuk dalam, kena confiscate. Celaka. Selama ni lepas. Aku siap bawak makanan yang kaw kaw kaw agi masuk dalam. Walaupun datang seorang, tapi memang enjoylah citer ni. Enjoy tahap gaban. Bets. Aku leh bagi 7 bintang.
Cuma aku tak puas hati pasal Malfoy family.
Mereka kan pengikut setia "Death Eater'. Tapi masa part Harry pura mati. Voldermort ajak pengikut2 dia serang mereka yg x nak ikut dia. Tapi, family Malfoy (Lucius, Narcia & Draco) boleh pulak larikan diri. Mereka bertiga tidak menentang atau apa2. Terus balik rumah agaknya. Cam pengecut lak mereka bertiga. Tapi, apa pun aku tabik kat Draco. Dia dahlah selalu buat jahat kat Harry and the Gang, pastu Harry selamatkan nyawa Draco. Dah terhutang budi. Tapi, dia still setia ngan mak n bapak dia. Dia tetap sebelahkan mak ayah dia. Betul2 anak yang baiklah dia. Another things, aku suka ending dia. Semua selamat. Ron & Hermione, meanwhile Harry with Ginny. MEreka happily live in peaceful. Huhuhuhuhuhuh...best2 citer dia. Rugi sape tak tengok!

Thursday, July 14, 2011

Passed Away

Yesterday, almost waktu keje tamat I got phone call. Weird! Papa call me?? and he told me, Grandpa was passed away.
mourning mood now!

Friday, July 8, 2011

Aku berseorangan di sini

Okey arini semua family aku ke Johor. Tinggal nenek, aku dan kucing2 di rumah. Sememangnya bosan. Aku pun malas nak keluar. Al-maklumlah, bulan ni terdesak sikit sebabnya aku baru tukar keje. EHehehhehehe,,,mengaku jelah aku terlebih shopping kan???kan???kan???
Apa yang aku buat hari ni??? duduk depan komputer sambil mendukung si Yellow. Mostly kucing kat umah aku ni perasan mereka tu manusia. Macam si Yellow, dia akan meraung2 mintak didukung. Cam budak2. So, terpaksa dukung si Yellow and sedap je dia tido mati atas dukungan aku. Hampagas punya kucing.
Then, petang cam biasa. Tengok Spongebob. Tengah syok duduk melayan Spongebob, I got mystery called. Alah mangkuk mana lak?? Aku tengok kat skrin phone?? What Hippo??? Ermmm...nak angkat ke x? angkat jelah.
So, cam biasa. "Jom lah kuar makan, saya dari pagi x makan2 lagi". Tu lah skrip dia. Aku dah boleh hafal. Tapi jangan harap aku jawab yes. Walaupun penat dia memujuk, hushhhh jangan harap aku cair. Cewahhhhhhhhhhhhhhhh....
Aku kena kuatkan ati. Jangan termakan pujuk rayu dia. Jangan berbaik dengan dia lagi!
Kekadang susah gak nak kuatkan ati, lebih2 lagi orang yang kita sayang dan cintai. Tapi kan nak wat camne. Maybe we not meant to be.
Sorry Hippo. Kalau takdir kau jodoh aku, ermmm....okey aku akan bagi ko 18 orang anak lelaki. Cukup satu kapal utk pergi belayar. Yelah, satu kapal total penumpang yang belayar 18 orang. Jadi nanti, kita beli satu kapal. Suruh anak2 kita pie belayar. Awak x yah ikut lah. duduk umah, tlg saya buat keje umah. Basuh baju, lipat baju, cuci lantai, and bla bla bla...deal???

Thursday, July 7, 2011

Long time Disappear!

Lama aku x muncul kat blog ni. sebab apa? sibuk sikit. Yelah dari Petronas, aku terus notis 24 hours masuk company MTASB. company kecik tapi kerja tetap. And guest apa yang berlaku? nothing special sini. Kekadang sedih dengan apa yang berlaku. Yalah still new. Bukan sekali kita buat salah, semua pembelajaran kita. Yang dah tua bangka nak mampus pun, janganlah dok pikir aku ni x pandai buat kerja. Yelah, baru seminggu kerja, nak suruh aku pro cam 5 tahun kerja. Gila apa????
Okey another things about Hippo. Kami dah officially clash. Tak ada guna ingat orang x sedar diri macam dia tu. but then, suddenly he called me. Ask me to go out. For what? I am not belong to you anymore.
But, he never giving up. Begging everyday. Me??? Such a stone heart. sebab i promise to myself, NEVER AND EVER GIVE HIM SECOND CHANCE!
Dan apabila ingatkan dia, such as freak feeling!